Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
34. Kajian semula keputusan oleh jemaah doktor atau jemaah doktor rayuan
Feedback & supportApa-apa keputusan jemaah doktor (termasuk Jemaah Doktor
Khas) atau jemaah doktor rayuan di bawah Akta ini boleh dikaji semula pada bila-bila masa oleh jemaah doktor atau jemaah doktor rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika jemaah itu berpuas hati dengan keterangan baru bahawa keputusan itu telah diberikan oleh sebab sesuatu nyataan material telah tidak dizahirkan atau telah tersalah beri oleh pekerja atau mana-mana orang lain (sama ada hal tidak menzahirkan atau tersalah beri itu berlaku dengan maksud tipuan atau tidak).
Apa-apa taksiran mengenai takat hilang upaya akibat bencana kerja berkaitan boleh juga dikaji semula oleh jemaah doktor, jika jemaah berpuas hati bahawa semenjak taksiran itu dibuat akibat bencana berkaitan itu telah bertambah buruk dengan tidak disangka:
Dengan syarat bahawa sesuatu taksiran tidak boleh dikaji semula di bawah subseksyen ini melainkan jika jemaah doktor berpendapat bahawa memandang kepada tempoh yang diambil kira dalam taksiran itu, kezaliman besar akan berlaku jika tidak dikaji semula taksiran itu.
Kecuali dengan kebenaran jemaah doktor rayuan, taksiran tidak boleh dikaji semula di bawah subseksyen (2) jika sesuatu permohonan yang dibuat itu kurang daripada tiga tahun, atau mengenai taksiran sementara, kurang daripada enam bulan, dari tarikh taksiran itu dan apabila membuat kajian semula itu tempoh yang diambil kira oleh apa-apa taksiran yang disemak tidak boleh termasuk tempoh sebelum tarikh permohonan itu.
Tertakluk pada subseksyen (3), jemaah doktor boleh menguruskan sesuatu perkara dikaji semula dengan apa-apa cara
50
Undang-Undang Malaysia seolah-olah perkara itu ialah rujukan yang asal kepadanya, dan khususnya jemaah itu boleh membuat suatu taksiran sementara walaupun taksiran yang dikaji semula itu ialah taksiran muktamad; dan peruntukan seksyen 33 hendaklah terpakai bagi sesuatu keputusan jemaah doktor berkenaan dengan permohonan itu sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi perkara faedah hilang upaya di bawah seksyen itu dan bagi sesuatu keputusan jemaah doktor berkenaan dengan perkara itu.