Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Faedah

28. Penyakit khidmat

Feedback & support

In plain English

A disease the Fifth Schedule links to a worker's job counts as a work injury unless proven otherwise. The same applies within sixty months after leaving that job. The organisation may extend the sixty months on medical and other evidence. The minister may change that schedule. Other diseases earn benefit only if a specific work injury directly caused them.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Jika seseorang pekerja yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan yang diperihalkan dalam Jadual Kelima mendapat apa-apa penyakit atau bencana yang dinyatakan dalam Jadual tersebut sebagai berkaitan dengan pekerjaan itu, atau jika seseorang pekerja yang telah bekerja dalam pekerjaan itu mendapat sesuatu penyakit atau bencana itu dalam tempoh enam puluh bulan selepas berhenti bekerja sedemikian itu, penyakit yang didapati atau bencana yang berlaku ke atasnya itu hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, disifatkan sebagai bencana kerja yang terbit daripada atau dalam masa pekerjaan:

Dengan syarat bahawa tempoh enam puluh bulan itu boleh, mengikut budi bicara Pertubuhan, dilanjutkan lagi apabila dikemukakan keterangan perubatan dan keterangan lain yang relevan bagi menyokong pelanjutan itu.

(2)

Apabila seseorang pekerja membuat suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seseorang majikan utama atau majikan langsung untuk bekerja dalam apa-apa pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima atau pekerja itu, dengan persetujuannya, ditukarkan oleh majikan utama atau majikan

Keselamatan Sosial Pekerja 43

langsungnya kepada suatu pekerjaan seperti itu, dia hendaklah, jika diminta oleh majikan itu atau Pertubuhan, membenarkan dirinya diperiksa oleh seorang pengamal perubatan yang dilantik dengan sempurnanya; akan tetapi pekerja itu tidaklah dikehendaki membenarkan dirinya diperiksa oleh seorang pengamal perubatan yang dilantik dengan sempurnanya kecuali dengan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau pada lat tempoh yang lebih singkat daripada yang ditetapkan di dalamnya.

(3)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, meminda, menggantikan, menambah atau memotong apa-apa penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Kelima dan apa-apa pekerjaan yang diperihalkan di dalamnya.

(4)

Kecuali subseksyen (1) dan (3), tiada apa-apa faedah boleh dibayar kepada seseorang pekerja mengenai apa-apa penyakit melainkan jika penyakit itu secara langsung menyebabkan suatu bencana tertentu melalui kemalangan yang terbit daripada dan dalam masa pekerjaannya.

(5)

Seksyen 23 tidaklah terpakai terhadap hal yang mengenainya seksyen ini terpakai.

Report

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules