Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Faedah

22. Faedah hilang upaya

Feedback & support

In plain English

A person with temporary disablement gets regular payments under the Fourth Schedule while it lasts. No temporary disablement payment is due unless it lasts at least four days, including the day of the accident. Permanent disablement, total or partial, also brings regular payments. Payment lasts for life, or for a limited period if assessed only for that period.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Tertakluk pada Akta ini dan peraturan jika ada—

(a)

seseorang yang mengidap hilang upaya sementara adalah berhak mendapat bayaran berkala bagi tempoh hilang upaya itu mengikut Jadual Keempat:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa faedah hilang upaya sementara boleh dibayar melainkan jika hilang upaya itu terus berlaku selama tempoh sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangan:

Dengan syarat selanjutnya bahawa bagi maksud seksyen ini dan sama ada atau tidak orang yang mengidap bencana kerja itu dibayar gaji pada hari bencana kerja, mulanya penghitungan tempoh empat hari hendaklah bermula dari hari berlakunya bencana kerja;

(b)

seseorang yang mengidap hilang upaya kekal, sama ada hilang upaya langsung atau separa, adalah berhak mendapat bayaran berkala bagi hilang upaya itu mengikut Jadual

Keempat:

Dengan syarat bahawa jika hilang upaya kekal, sama ada hilang upaya langsung atau separa, telah ditaksir bagi sementara selama suatu tempoh yang terhad atau dengan muktamad, maka faedah yang diperuntukkan di bawah perenggan ini hendaklah dibayar bagi tempoh terhad itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama hayat.

40

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules