Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
32A. Menentukan penyakit khidmat
Feedback & supportApa-apa persoalan sama ada sesuatu bencana kerja disebabkan oleh penyakit khidmat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima boleh ditentukan oleh suatu jemaah doktor yang dikenali sebagai Jemaah Doktor Khas yang ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan.
Jemaah Doktor Khas hendaklah memeriksa orang yang hilang upaya dan menghantar laporan dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan dengan menyatakan—
sama ada orang yang hilang upaya itu mengidap satu atau lebih daripada satu penyakit yang dinyatakan dalam Jadual itu;
sama ada penyakit yang berkaitan telah mengakibatkan hilang upaya yang kekal;
sama ada takat kehilangan upaya mencari nafkah boleh ditaksir secara sementara atau muktamad;
taksiran tentang kadar hilang upaya mencari nafkah itu, dan bagi taksiran sementara, tempoh selama bila taksiran itu boleh dipakai.
Pertubuhan boleh merujukkan apa-apa taksiran yang bersifat sementara kepada Jemaah Doktor Khas bagi tujuan kaji semula tidak lewat daripada akhir tempoh yang diambil kira dalam taksiran sementara itu.
Apa-apa keputusan Jemaah Doktor Khas boleh dikaji semula olehnya pada bila-bila masa.
48
Undang-Undang Malaysia
Orang yang hilang upaya hendaklah dimaklumkan secara bertulis oleh Pertubuhan tentang keputusan Jemaah Doktor Khas dan faedah, jika ada, yang berhak didapati oleh orang berinsurans itu.