Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Faedah

17A. Syarat kelayakan bagi pencen penakat

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, pencen penakat hendaklah kena dibayar apabila genap tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan.

(2)

Seseorang orang berinsurans yang mati hendaklah disifatkan telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan di bawah subseksyen (1) jika—

(a)

caruman bulanan telah dibayar berkenaan dengannya bagi tidak kurang daripada dua puluh empat bulan dalam tempoh empat puluh bulan berturut-turut sebelum bulan kematiannya; atau

(b)

caruman bulanan telah dibayar berkenaan dengannya bagi tidak kurang daripada dua pertiga bilangan bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan tarikh kematiannya, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat.

Keselamatan Sosial Pekerja 35

(3)

Seseorang orang berinsurans yang mati hendaklah disifatkan telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan yang dikurangkan di bawah subseksyen (1) jika caruman bulanan telah dibayar berkenaan dengannya bagi tidak kurang daripada satu pertiga bilangan bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah

Akta ini dengan tarikh kematiannya, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat.

Report

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules