Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
20. Pencen ilat
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 19, kadar pencen hendaklah seperti yang berikut:
bagi seseorang berinsurans yang telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan di bawah subseksyen 17(2), pencen pokok bulanan sebanyak lima puluh peratus gaji bulanan puratanya, ditambah dengan 1 peratus gaji bulanan purata bagi tiap-tiap dua belas caruman bulanan yang dibayar melebihi dua puluh empat bulan yang pertama, baginya dalam tempoh antara tarikh apabila caruman
36
Undang-Undang Malaysia mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah Akta ini dan tarikh dia mengemukakan notis ilat mengikut peraturan-peraturan:
Dengan syarat bahawa kadar pencen bulanan, sebagaimana yang ditambah sedemikian itu, tidak boleh, walau bagaimanapun, lebih daripada 65 peratus daripada gaji bulanan purata;
bagi seseorang berinsurans yang telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan yang dikurangkan di bawah subseksyen 17(3), pencen pokok bulanan sebanyak lima puluh peratus daripada gaji bulanan puratanya.
Istilah “gaji bulanan purata”, di mana didapati dalam seksyen ini, merujuk kepada gaji bulanan purata anggapan yang bersamaan dengan dua puluh empat caruman bulanan yang akhir bagi orang berinsurans, yang telah dibayar sebelum sahaja bulan dia mengemukakan suatu notis ilat mengikut peraturan-peraturan:
Dengan syarat bahawa gaji bulanan purata minimum ialah tiga ratus empat puluh dua ringgit dan lapan puluh enam sen tertakluk pada apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui peraturan-peraturan.
Gaji bulanan anggapan yang bersepadanan dengan caruman bulanan hendaklah disifatkan sebagai yang dinyatakan dalam Jadual
Keempat.
(Dipotong oleh Akta A450).