Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
29. Faedah pengurusan mayat
Feedback & supportJika seseorang orang berinsurans mati akibat suatu bencana kerja atau dalam masa dia masih menerima faedah hilang upaya di bawah Akta ini, atau jika seseorang orang berinsurans yang mengidap keilatan mati dalam masa dia masih menerima pencen ilat, atau jika seseorang orang berinsurans yang belum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (3) atau (4), mati, maka faedah pengurusan mayat sebanyak amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri dari semasa ke semasa melalui peraturan-peraturan hendaklah dibayar kepada seorang atau lebih daripada seorang orang yang berikut:
44
Undang-Undang Malaysia
balu (jika ada dua orang balu atau lebih, balu-balu itu sama-sama berkongsi faedah pengurusan mayat);
duda;
anak lelaki atau anak angkat lelaki yang tertua sekali yang masih takat;
anak perempuan atau anak angkat perempuan yang tertua sekali yang masih takat;
ibu atau bapa (jika ada kedua-dua ibu bapa, ibu dan bapa sama-sama berkongsi faedah pengurusan mayat).
Jika tidak ada orang seperti yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c), (d) atau (e), mana-mana orang lain yang sebenarnya menanggung perbelanjaan pengurusan mayat hendaklah dibayar belanja pengurusan mayat orang berinsurans yang telah mati itu atau amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang lebih kurang:
Dengan syarat bahawa tuntutan bagi apa-apa faedah itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas kematian orang berinsurans itu atau dalam sesuatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pertubuhan atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang diberi kuasa olehnya bagi maksud ini:
Dengan syarat selanjutnya bahawa, walau apa pun syarat di atas, jika ada apa-apa pertelingkahan mengenai soal kepada siapa bayaran faedah pengurusan mayat patut dibuat, maka keputusan
Ketua Pengarah atau keputusan pegawai yang diberi kuasa olehnya adalah muktamad.
Seseorang orang berinsurans yang belum mencapai umur enam puluh tahun hendaklah disifatkan telah genap tempoh kelayakan di bawah subseksyen (1) jika—
caruman bulanan telah dibayar berkenaan dengannya bagi tidak kurang daripada dua puluh empat bulan dalam tempoh
Keselamatan Sosial Pekerja 45
empat puluh bulan berturut-turut sebelum bulan kematiannya; atau
caruman bulanan telah dibayar berkenaan dengannya bagi tidak kurang daripada dua pertiga bilangan bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan tarikh kematiannya, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat.
Seseorang orang berinsurans yang belum mencapai umur enam puluh tahun hendaklah disifatkan telah genap bekerja tempoh kelayakan yang dikurangkan di bawah subseksyen (1) jika caruman bulanan telah dibayar berkenaan dengannya bagi tidak kurang daripada satu pertiga bilangan bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan tarikh kematiannya, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat.