Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
20A. Pencen penakat
Feedback & supportJika seseorang orang berinsurans yang sedang menerima pencen ilat, atau jika seseorang orang berinsurans yang belum mencapai umur *enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 17A,
*CATATAN─lihat seksyen 12 Akta A1445 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Keselamatan Sosial Pekerja 37
mati, maka pencen penakat mengikut kadar yang dinyatakan dalam
Jadual Kelapan kenalah dibayar—
kepada balu atau duda selama hayat, dan jika ada dua orang balu atau lebih, bahagian pencen penakat bagi balu itu yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan hendaklah dibahagi-bahagikan sama banyaknya antara balu-balu itu:
Dengan syarat bahawa jika seseorang balu atau duda layak mendapat lebih daripada satu pencen penakat, balu atau duda itu hendaklah dibayar satu pencen sahaja, iaitu pencen yang kadarnya lebih tinggi;
kepada tiap-tiap orang anak sehingga dia berkahwin atau sehingga dia mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang lebih awal:
Dengan syarat bahawa dalam hal seseorang anak yang disebut dalam perenggan (b) takrif “anak” dalam seksyen 2, pencen penakat hendaklah terus dibayar selagi dia tidak berupaya menanggung dirinya sendiri:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pertubuhan boleh meneruskan pencen tersebut kepada seseorang anak yang menerima pelajaran dalam mana-mana institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi ijazah pertama sehingga dia tamat atau berhenti menerima pelajaran tersebut atau sehingga dia berkahwin, mengikut mana-mana yang lebih awal.
(Dipotong oleh Akta A675).
Jika seseorang orang berinsurans yang sedang menerima pencen ilat, atau jika seseorang orang berinsurans yang belum mencapai umur
*enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 17A, mati dan tidak meninggalkan balu, atau duda yang sepenuhnya atau sebahagian besarnya bergantung pada pendapatan orang berinsurans itu pada masa kematiannya, atau
*CATATAN─lihat seksyen 12 Akta A1445 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
38
Undang-Undang Malaysia anak, pencen penakat hendaklah kena dibayar kepada ibu yang menjadi balu dan orang tanggungan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (b) takrif “orang tanggungan” dalam seksyen 2, mengikut kadar dan selama tempoh yang dinyatakan dalam Jadual
Kelapan.
Pencen penakat adalah terakru dari tarikh kematian orang berinsurans yang sedang menerima pencen ilat atau orang berinsurans yang belum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 17A:
Dengan syarat bahawa jika faedah hilang upaya telah kena dibayar kepada orang berinsurans yang telah mati pada tarikh kematian, maka tarikh akruan pencen penakat hendaklah tarikh berikutan tarikh kematian.