Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
35. Kajian semula pencen ilat
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud ini, Pertubuhan boleh mengkaji semula bayaran sesuatu pencen ilat dan sebagai hasil kajian semula itu Pertubuhan boleh menambah, meneruskan, mengurangkan atau memberhentikan pencen itu.
Jika kajian semula perlu oleh sebab keadaan keilatan beransur sembuh, pencen ilat tidak boleh ditarik balik, melainkan jika orang berpencen itu berupaya mendapat daripada sesuatu pekerjaan sesuai yang masih boleh dijalankan olehnya lebih daripada setengah daripada apa yang boleh didapati oleh seorang yang sempurna akal dan sihat tubuh badannya yang mempunyai pengalaman dan latihan sepertinya:
Dengan syarat bahawa pencen ilat hendaklah dikurangkan sebanyak jumlah yang didapati lebih daripada satu pertiga daripada gaji puratanya sebelum ilat.
Kajian semula kaedah orang tanggungan