Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
44. Kuasa untuk memasuki premis dan memeriksa, dsb., dokumen, rekod, dsb
Feedback & supportMana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, menjalankan kuasa yang berikut:
untuk memasuki mana-mana premis selain premis yang hanya digunakan untuk kediaman;
untuk memeriksa atau menentusahkan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang dijumpai di dalam premis itu;
untuk mengambil sampel apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada suatu kesalahan telah dilakukan;
untuk membuat salinan atau mengambil cabutan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan atau benda yang dijumpai di dalam premis itu;
dan
untuk menghendaki, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan
Akta ini dan peruntukan mana-mana perintah atau arahan yang dibuat di bawah Akta ini dituruti dengan sewajarnya,
Undang-Undang Malaysia 42
mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan, dan jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, pegawai diberi kuasa itu sendiri boleh berbuat demikian.