Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
54. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan kembali
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.