Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

51. Pelucuthakan dokumen, dsb., yang disita

Feedback & support
(1)

Apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini boleh dilucuthakkan.

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan

Undang-Undang Malaysia 48

tenaga, produk, label, item atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dilucuthakkan apabila habis tempoh tiga bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan kepada dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dan bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa bahawa dia menuntut dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu.

(5)

Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Suruhanjaya yang boleh mengarahkan supaya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa untuk merujukkan perkara itu kepada mahkamah bagi keputusan.

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 49

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dan orang yang daripadanya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu disita supaya hadir di mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dilucuthakkan atau boleh jika tidak dibuktikan sedemikian memerintahkan supaya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dilepaskan.

(7)

Apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang hendaklah melupuskan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu mengikut arahan

Suruhanjaya.

Report