Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
58. Mengambil sampel
Feedback & supportJika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini terdapat dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalnya, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang sama jenis, kuantiti dan kualiti.
Jika bungkusan atau bekas yang mengandungi dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang melanggar peruntukan
Akta ini atau yang selainnya boleh disita telah disita, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel sahaja, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa lebihan sampel yang terkandung dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa.
Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan dokumen, dsb.