Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

55. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang sedemikian enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.

Report