Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

50. Senarai dokumen, dsb., yang disita

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda disita di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan senarai dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita itu dan dengan segera menyerahkan salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Report