Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

56. Halangan

Feedback & support

Mana-mana orang yang—

(a)

enggan untuk memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 52

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(c)

enggan untuk memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat atau dokumen lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya;

(d)

enggan untuk memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya yang lain apa-apa maklumat yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya yang berhubungan dengan apa-apa perkara di bawah fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 4; atau

(e)

memberikan maklumat atau dokumen yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai respons kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report