Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
52. Pelepasan dokumen, dsb., yang disita
Feedback & supportJika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh pada bila-bila masa selepas itu, dengan keizinan Pendakwa Raya, melepaskan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji,
Undang-Undang Malaysia 50
kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepada dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu, jika dia berpuas hati bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian, pegawai yang diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Suruhanjaya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar salinan rekod itu kepada
Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari daripada pelepasan itu.