Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

57. Keterangan ejen provokasi boleh diterima

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 53

(2)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau secara bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi itu oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.

Report