Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
53. Kos memegang dokumen dsb., yang disita
Feedback & supportJika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan atau
Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda dalam jagaan itu hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah didapatkan kembali dengan sewajarnya.
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 51