Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
48. Pemberian maklumat
Feedback & supportMana-mana orang yang—
mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seseorang pegawai diberi kuasa dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 46
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
kepada kliennya atau wakil kliennya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
Dalam mana-mana prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa—
dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau
dia mempunyai kuasa yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua perkara yang dilakukan olehnya dalam penjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang diniatkan, bagi Akta ini.