Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
43. Kuasa penyiasatan
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2)
Dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis, kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, yang diberikan oleh
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].