Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
47. Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer, dsb
Feedback & supportMana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44, 45 dan 46 hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital, sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Pada menjalankan kuasanya, pegawai diberi kuasa—
boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
boleh menghendaki—
orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
orang yang bertanggungjawab bagi, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data, untuk memberinya apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 45
Pegawai diberi kuasa boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital itu, jika difikirkannya perlu.
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital.
Mana-mana orang yang tidak memberi akses kepada mana-mana pegawai diberi kuasa kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.