Skip to content

Seksyen 21

Kelulusan tuntutan bagi faedah

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 21 of 97
Seksyen 21
(1)

Suatu tuntutan bagi faedah di bawah seksyen 20 tidak boleh diluluskan oleh Pertubuhan melainkan jika—

(a)

dalam hal bencana domestik, tarikh berlakunya bencana domestik itu telah diperakukan oleh Pertubuhan adalah dalam tempoh dua belas bulan sebelum tuntutan itu dibuat;

atau

(b)

dalam hal keilatan, tarikh suri rumah berinsurans itu menjadi ilat telah diperakukan oleh penilai perubatan atau

Jemaah Doktor Rayuan adalah dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh tuntutan itu dibuat.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pertubuhan boleh meluluskan tuntutan itu jika Pertubuhan mendapati bahawa terdapat alasan munasabah untuk meluluskan tuntutan itu yang tarikh berlakunya bencana domestik atau tarikh suri rumah menjadi ilat adalah tidak mengikut subseksyen (1).