Skip to content

Seksyen 31

Elaun keuzuran

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 31 of 97
Seksyen 31
(1)

Tertakluk pada Akta ini dan sebagaimana yang ditetapkan, suri rumah berinsurans yang menghidap keilatan berhak untuk menerima elaun keuzuran mengikut Jadual Keempat setelah keilatan ditentukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika keilatan itu diperakukan dihidap dalam tempoh pelindungan dan suri rumah berinsurans telah memenuhi syarat tempoh pelindungan.

(2)

Jika suri rumah berinsurans berhak kepada elaun keuzuran di bawah Akta ini dan pencen ilat atau faedah yang serupa di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan bagi keadaan keuzuran yang sama, suri rumah berinsurans berhak untuk memilih hanya satu faedah, sama ada elaun keuzuran atau pencen ilat atau faedah lain yang seumpamanya.