Seksyen 23
Faedah perubatan
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Seorang suri rumah berinsurans yang keadaannya memerlukan rawatan dan layanan perubatan, akibat bencana domestik, berhak untuk menerima faedah perubatan.
(2)
Faedah perubatan itu boleh diberikan sama ada dalam bentuk rawatan dan layanan pesakit luar di suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain atau dengan lawatan ke rumah suri rumah berinsurans atau rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau institusi lain.
(3)
Tiada faedah perubatan boleh diberikan kepada seorang suri rumah berinsurans bagi keilatan di bawah Akta ini melainkan jika faedah perubatan itu telah diberikan kepada suri rumah berinsurans disebabkan oleh suatu bencana domestik yang kemudiannya mengakibatkan keilatan itu.