Skip to content

Seksyen 34

Bayaran elaun keuzuran

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 34 of 97
Seksyen 34
(1)

Elaun keuzuran hendaklah terakru mulai dari hari notis keilatan diterima oleh Pertubuhan mengikut peraturan-peraturan dan hendaklah terhenti pada hari berikutan hari—

(a)

keilatan suri rumah berinsurans terhenti; atau

(b)

suri rumah berinsurans mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

(2)

Kadar harian elaun keuzuran hendaklah merupakan amaun kadar bulanan elaun keuzuran yang dibayar atau kena dibayar kepada suri rumah berinsurans, dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan elaun keuzuran itu terakru atau keilatan itu terhenti atau suri rumah berinsurans mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.