Skip to content

Seksyen 25

Faedah hilang upaya kekal

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 25 of 97
Seksyen 25
(1)

Tertakluk pada Akta ini dan sebagaimana yang ditetapkan, seorang suri rumah berinsurans yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal, disebabkan satu atau berbilang bencana domestik, berhak untuk menerima bayaran sekali gus sehingga amaun maksimum mengikut Jadual Kedua.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), sekiranya hilang upaya kekal itu telah ditaksir oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, faedah itu hendaklah boleh dibayar bagi tempoh caruman itu.