Seksyen 38
Bayaran elaun perjalanan dan elaun lain
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Suri rumah berinsurans boleh dibayar elaun perjalanan dan elaun lain atau perbelanjaan lain atas apa-apa skala dan tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan, jika—
(a)
suri rumah berinsurans dipanggil untuk hadir di hadapan penilai perubatan, atau dipanggil untuk hadir di hadapan
Jemaah Doktor Rayuan sekiranya terdapat suatu rayuan oleh
Pertubuhan di hadapan Jemaah Doktor Rayuan, berkaitan penentuan mengenai persoalan hilang upaya kekal atau keilatan; atau
(b)
suri rumah berinsurans dikehendaki oleh Pertubuhan, penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan untuk hadir pemulihan jasmani atau dialisis.