Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian V · Faedah
24. Skala faedah perubatan
Feedback & supportSeorang suri rumah berinsurans berhak untuk menerima faedah perubatan hanya bagi jenis dan pada skala sebagaimana yang ditetapkan.
28
Undang-Undang Malaysia
Seorang suri rumah berinsurans tidak mempunyai hak untuk menuntut apa-apa rawatan perubatan kecuali sebagaimana yang diberikan oleh suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diuntukkannya oleh Pertubuhan, atau sebagaimana yang ditetapkan.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini memberi hak kepada suri rumah berinsurans untuk menuntut bayaran ganti daripada
Pertubuhan bagi apa-apa belanja yang dilakukan berkenaan dengan apa-apa rawatan perubatan, kecuali sebagaimana yang ditetapkan.
Bagi maksud bayaran dan bayaran ganti faedah perubatan,
Pertubuhan boleh meminta daripada hospital, dispensari, klinik atau institusi lain untuk memberikan rekod perubatan dan penyata statistik mana-mana suri rumah berinsurans.