Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian V · Faedah
27. Pembayaran faedah apabila suri rumah berinsurans mati
Feedback & supportJika suri rumah berinsurans telah mengemukakan suatu tuntutan bagi faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran di bawah Akta ini dan mati selepas tuntutannya diluluskan oleh Pertubuhan tetapi sebelum pembayaran faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran dibuat kepadanya, hendaklah tiada faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran, mana-mana yang berkaitan, yang kena dibayar kepada benefisiari atau harta pusaka suri rumah berinsurans yang mati itu atau orang tanggungannya.