Skip to content

Seksyen 30

Elaun layanan sentiasa

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 30 of 97
Seksyen 30
(1)

Seorang suri rumah berinsurans yang berhak kepada suatu faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran juga berhak kepada elaun layanan sentiasa bulanan pada kadar dan bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh, jika dan selagi dia tidak upaya secara teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 31

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), bayaran elaun layanan sentiasa kepada seorang suri rumah berinsurans hendaklah terhenti apabila dia mencapai umur lima puluh lima tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

(3)

Kewujudan darjah kehilangan upaya yang melayakkan suri rumah berinsurans bagi suatu elaun layanan sentiasa hendaklah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Jika suri rumah berinsurans berhak kepada tuntutan elaun layanan sentiasa bulanan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan, suri rumah berinsurans berhak untuk menerima hanya satu elaun layanan sentiasa bulanan.