Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian V · Faedah

32. Suri rumah berinsurans menghidap keilatan

Feedback & support
(1)

Seseorang suri rumah berinsurans hendaklah dianggap sebagai menghidap keilatan, jika, oleh sebab suatu keadaan keuzuran

32

Undang-Undang Malaysia tertentu yang berkekalan, dia tidak berupaya mengambil bahagian dalam apa-apa sebahagian besar aktiviti seorang suri rumah.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

sesuatu keadaan keuzuran hendaklah disifatkan sebagai berkekalan jika keuzuran itu sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin boleh diubati;

(b)

seseorang suri rumah berinsurans hendaklah disifatkan sebagai tidak berupaya mengambil bahagian dalam sebahagian besar aktiviti seorang suri rumah, jika oleh sebab keadaan uzur tertentunya kerana sakit atau kelemahan itu, dia tidak lagi berupaya menjalankan apa-apa aktiviti seorang suri rumah yang bersamaan dengan kekuatan dan tenaganya yang mungkin boleh dilakukan secara munasabah olehnya; atau

(c)

dalam menentukan sama ada seseorang suri rumah berinsurans menghidap keilatan, perkiraan hendaklah diberi tentang apa-apa kepulihan kekal mengenai keadaan keilatannya yang berhasil atau dijangka berhasil daripada apa-apa langkah pemulihan jasmani yang mungkin diberi kepadanya tanpa kos oleh Pertubuhan.

(3)

Jika suri rumah berinsurans diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan sebagai ilat sebelum apa-apa tempoh pelindungan, suri rumah berinsurans adalah tidak berhak kepada apa-apa elaun keuzuran.

Report

Bahagian VI

Penentuan, Semakan Semula dan Rayuan

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XI

Schedules