Skip to content

Seksyen 33

Kelayakan suri rumah berinsurans bagi elaun keuzuran

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 33 of 97
Seksyen 33
(1)

Tertakluk pada Akta ini, seseorang suri rumah berinsurans yang menghidap keilatan sebagaimana ditakrif dalam seksyen 32, melainkan jika dia telah mencapai umur lima puluh lima tahun, berhak menerima elaun keuzuran jika keilatan diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan dihidap dalam tempoh pelindungan.

Keselamatan Sosial Suri Rumah 33

(2)

Jika keilatan suri rumah berinsurans telah bermula lebih awal dari tarikh notis keilatan diterima oleh Pertubuhan mengikut peraturan-peraturan, tarikh notis keilatan diterima oleh Pertubuhan, hendaklah menjadi tarikh bermulanya keilatannya.

(3)

Jika suri rumah berinsurans telah mengemukakan notis keilatan dan notis itu telah ditolak oleh Pertubuhan atas alasan keilatan tidak dihidap dalam tempoh pelindungan dan selepas itu suri rumah berinsurans mengemukakan notis keilatan yang berikutnya, tarikh notis keilatan yang berikut itu yang diterima oleh Pertubuhan hendaklah dianggap, bagi maksud subseksyen (2), sebagai tarikh dia mengemukakan notis keilatan.