Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian V · Faedah

29. Faedah pengurusan mayat

Feedback & support
(1)

Jika suri rumah berinsurans mati sebelum dia mencapai umur lima puluh lima tahun, suatu faedah pengurusan mayat bagi suatu amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keenam hendaklah dibayar kepada seorang daripada orang yang berikut:

(a)

duda;

(b)

anak lelaki atau anak angkat lelaki yang tertua sekali yang masih takat;

(c)

anak perempuan atau anak angkat perempuan yang tertua sekali yang masih takat; atau

(d)

ibu atau bapa (jika ada kedua-dua ibu bapa, ibu dan bapa sama-sama berkongsi faedah pengurusan mayat).

(2)

Jika tiada orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan 1(a), (b), (c), atau (d), mana-mana orang lain yang sebenarnya menanggung perbelanjaan pengurusan mayat hendaklah dibayar belanja pengurusan mayat suri rumah berinsurans yang telah mati atau amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang lebih kurang.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), keputusan Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam soal orang yang kepadanya bayaran faedah pengurusan mayat adalah muktamad.

Report

Bahagian VI

Penentuan, Semakan Semula dan Rayuan

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XI

Schedules