Skip to content

Seksyen 28

Kejadian semasa terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 28 of 97
Seksyen 28
(1)

Pertubuhan hendaklah menolak apa-apa tuntutan bagi faedah atau menghentikan apa-apa bayaran faedah jika Pertubuhan berpuas hati bahawa suatu kejadian berlaku terhadap suri rumah berinsurans semasa dia—

(a)

dalam perjalanan atau persediaan untuk melakukan suatu perbuatan menyalahi undang-undang; atau

(b)

telah melakukan, bersubahat atau terlibat dalam suatu perbuatan menyalahi undang-undang.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Pertubuhan mempunyai hak untuk menggantung apa-apa tuntutan bagi faedah atau bayaran bagi faedah sehingga tempoh enam bulan maksimum untuk menyiasat aktiviti itu sebelum membuat apa-apa penentuan bagi penolakan itu.

(3)

Pertubuhan boleh menggantung selanjutnya apa-apa tuntutan bagi faedah atau bayaran bagi faedah jika Pertubuhan menjumpai apa-apa keterangan baharu bagi siasatan lanjut bagi perkara itu dan membuat penentuan sewajarnya.

30

Undang-Undang Malaysia