Seksyen 35
Kadar elaun keuzuran
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Jika seorang suri rumah berinsurans telah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan sebagai ilat dalam apa-apa tempoh pelindungan, kadar bulanan elaun keuzuran
34
Undang-Undang Malaysia hendaklah bersamaan dengan lima puluh peratus daripada pendapatan bulanan anggapannya.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
“pendapatan bulanan anggapan” merujuk kepada purata pendapatan bulanan anggapan yang bersamaan dengan dua belas bulan caruman bulanan yang akhir berkenaan dengan suri rumah berinsurans yang telah dibayar sebaik sebelum bulan yang dia mengemukakan notis keilatan mengikut peraturan-peraturan; dan
(b)
pendapatan bulanan anggapan yang bersamaan dengan caruman bulanan hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.