Skip to content

Seksyen 37

Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 37 of 97
Seksyen 37
(1)

Seorang suri rumah berinsurans yang diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal boleh diberikan kemudahan pemulihan jasmani, atau dialisis oleh Pertubuhan, tertakluk pada amaun maksimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan.

36

Undang-Undang Malaysia

(2)

Kemudahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bagi jenis dan pada skala, dan atas apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Suri rumah berinsurans di bawah subseksyen (1) boleh, jika keadaannya memerlukan, diberi dan dipasang dengan, tanpa kos, alat prostetik, ortotik atau alat lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan dan alat itu boleh diperbaharui, apabila perlu, tanpa kos.

(4)

Suri rumah berinsurans yang menjalani pemulihan jasmani atau dialisis boleh dibayar atau dibayar ganti, sebagaimana yang ditetapkan.