Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 2
12. Kewajipan pemegang lesen terminal untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
Feedback & supportMenjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen terminal, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen terminal itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen itu;
apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen terminal itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen terminal itu.
Bagi maksud seksyen ini, “kawalan” berhubungan dengan seorang pemegang lesen terminal, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen terminal itu.
Seseorang pemegang lesen terminal yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pelesenan perniagaan pengantaraan