Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 2

12D. Pembatalan atau penggantungan lesen

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12A—

(a)

jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;

(b)

jika pengeluaran lesen itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau

(c)

sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat—

(A)

dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;

(B)

dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau

(C)

dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b) atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan

Pengangkutan Awam Darat 39

jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.

(2)

Jika suatu lesen—

(a)

telah dibatalkan, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau

(b)

telah digantung, mana-mana pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berterusan mengendalikan atau mengadakan suatu perniagaan pengantaraan dalam tempoh penggantungan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab 3

Bahagian III

Kenderaan Perkhidmatan Awam, Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Barangan

Bab 1

Bab

Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules