Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 2
12A. Pelesenan perniagaan pengantaraan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan
Pengangkutan Awam Darat 35
melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Sesuatu permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam
Darat maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggara dan mengendalikan perniagaan pengantaraan.
Tertakluk pada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen di bawah seksyen ini—
meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau
menolak permohonan itu.
Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan syarat pada lesen itu yang termasuk—
jenis dan takat perniagaan pengantaraan yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;
tahap am perkhidmatan yang hendak disediakan kepada orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
langkah untuk melindungi keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan; dan
standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam mengendalikan perniagaan pengantaraan.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Pengeluaran suatu lesen oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat di bawah subseksyen (4) tidak boleh mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen perniagaan pengantaraan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.