Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 2
12E. Pemindahan lesen dilarang
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (3), suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12A hendaklah menjadi khas untuk pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.
Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun perenggan 12D(1)(c), Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen itu.
Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.