(1)
Menjadi kewajipan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tl) berhubung dengan lesen yang dikeluarkan kepadanya.
(2)
Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat