Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 2
12B. Pembaharuan lesen
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2) dan (3), Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan, membaharui lesen itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.
Pengangkutan Awam Darat 37
Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.
Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen, mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.