Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pelbagai
100. Memberi maklumat kepada pegawai hutan
Feedback & supportSeorang pegawai hutan atau seorang pegawai yang diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang yang memiliki, menjaga atau mengawal atau terlibat dalam mengambil, memindah, menukar atau meniaga apa-apa hasil hutan atau yang menjaga atau mengawal loji penukaran memberi kepadanya maklumat atau dokumen yang pada pendapatnya adalah perlu bagi menjalankan kuasa atau pelaksanaan tugasnya di bawah, atau penguatkuasaan peruntukan, Akta ini, dan mana-mana orang yang dikehendaki berbuat demikian yang, tanpa sebab yang munasabah, tidak atau enggan menyerahkan maklumat atau dokumen yang dikehendaki kepada pegawai itu atau yang, apabila menyerahkan maklumat yang dikehendaki, dengan disedarinya atau dengan cuai membuat sesuatu kenyataan yang palsu mengenai mana-mana butir material atau yang, dengan niat untuk menipu, menyerahkan suatu dokumen palsu mengenai sesuatu butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.