Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 3 · Pelbagai

101A. Kuasa mahkamah untuk memerintahkan pembatalan dan hilang kelayakan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan, memerintahkan apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang berkaitan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dibatalkan.

(2)

Jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 40 atau 86, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan, memerintahkan apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang berkaitan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dibatalkan.

(3)

Jika mana-mana orang yang kepadanya suatu lesen atau permit telah dikeluarkan di bawah Akta ini disabitkan atas kesalahan kedua atau yang berikutan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan, memerintahkan apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah

Akta ini yang berkaitan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dibatalkan.

(4)

Jika apa-apa lesen atau permit telah dibatalkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah memerintahkan orang yang kepadanya suatu lesen atau permit telah dikeluarkan hilang kelayakan untuk memegang apa-apa lesen atau permit selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

(5)

Mana-mana orang yang memperoleh atau cuba memperoleh apa-apa lesen atau permit di bawah Akta ini semasa dia hilang kelayakan melakukan suatu kesalahan.

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules