Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pelbagai
101. Pengkompaunan kesalahan
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini kecuali apa-apa kesalahan di bawah seksyen 86
dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu.
Kesalahan yang boleh dikompaunkan di bawah subseksyen (1) hendaklah berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan bagi kali pertama sahaja.
*(3) Jika kesalahan yang dilakukan melibatkan pengambilan hasil hutan di bawah seksyen 15 atau 40, Pengarah boleh, jika difikirkannya
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
patut, sebagai tambahan kepada amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), menghendaki orang itu membayar kepada Pihak
Berkuasa Negeri—
sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda royalti, premium dan ses hasil hutan itu;
sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda nilai hasil hutan itu;
kos membaiki apa-apa kerosakan berkenaan dengan kesalahan yang telah dilakukan;
apa-apa caj lain yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa
Negeri; atau
gabungan mana-mana bayaran, kos atau caj yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d).
Pada mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (1), apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini hendaklah dilucuthakkan dan dilupuskan mengikut arahan Pengarah.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), maka tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.
Perhutanan Negara 89