Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pelbagai
99. Kad kuasa
Feedback & supportTiap-tiap pegawai hutan atau pegawai yang diberi kuasa apabila bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengeluarkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau daripadanya dia mencari apa-apa maklumat suatu kad kuasa sebagaimana diarahkan oleh Pengarah supaya dibawa oleh pegawai itu.
Adalah tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi sesuatu permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh mana-mana orang pegawai hutan atau pegawai yang diberi kuasa yang bertindak atau berupa bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan menyatakan jawatannya dan mengeluarkan kad kuasanya apabila diminta oleh orang yang sedemikian.
*CATATAN—Sebelum ini “lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya”–lihat seksyen 50 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].
**CATATAN—Sebelum ini “lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya”–lihat seksyen 51 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 313