Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 3 · Pelbagai
100B. Section 100B
Feedback & supportKecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui.
*CATATAN—Sebelum ini “lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya”–lihat perenggan 53(b) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].
Perhutanan Negara 87
Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa, dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah, mengandungi apa-apa catatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan tersebut disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat mana ia perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan terhadap Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah adalah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa identiti pemberi maklumat diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.