Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

114. Halangan untuk menggeledah

Feedback & support

Mana-mana orang yang —

(a)

enggan memberi mana-mana pegawai penguat kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai penguat kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai penguat kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai penguat kuasa itu

Pemuliharaan Hidupan Liar 75

berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

(c)

enggan memberi mana-mana pegawai penguat kuasa apa-apa maklumat berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report