Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

115. Kuasa tambahan

Feedback & support
(1)

Seorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perbuatan yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan rekod dan dokumen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana daripadanya;

(b)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya;

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya telah dipatuhi.

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 716

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report